Bajet 2023
-
Assalamualaikum
Kita sedia maklum, bajet 2023 telah dibentangkan pada 07 Oktober 2022
bersamaan hari jumaat yang mulia tersebut. Walaubagaimanapun, ia ta...
Malam Pertama
Rabu, 5 Ogos 2009
Hari smbg lg citer...Malam pertama di Jogja..Kami telah telah menetapkan untuk bertemu semula pada jam 7.30 mlm waktu tempatan (8.30 mlm waktu Malaysia) tetapi suasananya agak gelap berbanding di Malaysia yang waktunya 7.30mlm masih terang..tetapi di jogja telah pun gelap gulita..Kami merancang untuk berjalan kaki untuk melihat keindahan malam kota yang padat tersebut..Walau bagaimanapun,kami telah dipelawa oleh penarik beca untuk menaiki beca kerana berjalan lebih memenatkan dan kami tidak tahu kemana arah hendak dituju. Tawar menawar antara kami bermula..Kami bersetuju dengan mengenakan Rp 15000.oo/seorang untuk melawat sekitar bandar Jogja. Kami dan Sauffi naik satu beca,Sarah dan Zam satu beza manakala Ida,Erma dan Ermy 1 beca..Menyusur kesibukan kota Jogja dengan kereta dan motosikal yang sentiasa berarus mengejar destinasi. Disebabkan perut terasa lapar,kami bercadang untuk makan makanan popular di Jogja. Penarik beca memberitahu kami makanan yang popular di Jogja adalah Gudek..Aku dan rakan-rakan telah dibawa oleh penarik beca ke sebuah restoran Gudek yang terkenal...Kata penarik beca tersebut.. Tak kisah la janji perut dah terasa lapar perlu diisi segera..Gruuuuuuuu!!!...Perut dah berbunyi...Aku dan rakan agak kekok sedikit sebab kami terpaksa bersila di atas lantai untuk menikmati hidangan. Seorang pelayan telah datang dan membawa menu berserta borang pesanan sekali untuk diisi oleh pelanggan..Pelik tapi benar..Aku teringat makan di Taman Bernam, ada sebuah restoran yang menggunakan sistem tersebut..Memang tak jadi makan la mase tu..Waktu tu makan dengan si Ajib dan Fitri...Berbalik dengan citer aku ni..Kami nk order pun xtau hehehe...Sebab menunya berlainan sekali..Kami tahu Gudek je dan beberapa jenis air. Dari menu tersebut kami mempelajari beberapa istilah yang berbeza dengan bahasa Melayu. Antaranya, aqua tanggung=air mineral,soda gembira=air soda dan es teh=teh sejuk..Kami gelak sesama sendiri..Aku telah menempah teh botol dan nasi gudek ayam..Entah tak tahu la ape rasenye..Masa menunggu hidangan diisi dengan sesi foto dan membaca menu. Sedang kami leka menunggu hidangan,sebuah kumpulan artis jalanan yang terdiri daripada 3 jejaka telah meminta izin membuat persembahan lagu2 akustik..Mereka pun telah memainkan beberapa lagu popular kumpulan Indonesia. Wah!!best rasenye...Hidangan pun sampai..Aku terus merasa makanan nasi Gudek yang hampir menyamai nasi ambang (orang johor mesti tau)...Walaupun rasenye tak kene dengan tekak aku..Aku telan je..Diorang pun makan je...Kumpulan Akustik pun terus memainkan gitar dan nyanyian mereka sehingga kami abis makan dan sesi bergambar..hehehe..Aku tidak ade duit kecil untuk diberikan kepada mereka..Ermy dan Zam yang bagi duit kt diorang..Mereka macam terharu sebab katanya kami bagi terlalu banyak..Mereka terus memainkan lagu Inggeris dari artis Santana...HAHAHAHAHA...Suka betul diorang tu...Tiba masanya untuk kami beransur..Ermy telah membayar wang pendahuluan memandangkan kami semua tidak mempunyai wang kecil dan akan dikira sekalo dengan sewa hotel dan pengangkutan. Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki beca yang setia menunggu kami ketika makan. Kami menyusuri kawasan yang dikenali sebagai Kraton oleh penarik beca..Kawasan raja-raja yang dikelilingi tembok setinggi 3 meter mengelilingi kawasan Kraton tersebut. Menurut penarik beca tersebut,kawasan sekitar kraton tidak boleh dibangunkan mahupun dijual kerana ianya telah diwartakan dan kawasan tersebut tidak mempunyai geran tanah...Perjalanan kami menyusur ke sebuah lorong yang agak gelap..Aku rase seram,takut kami ditipu oleh penarik beca tersebut..3 beca tersebut membawa kami ke galeri seni lukisan yang telah dilukis oleh waris-waris kraton...Galeri tersebut menghimpunkan lukisan asli dan moden dengan harga yang berpatutan. Aku hanya melihat sahaja memandangkan aku peminat seni tampak moden dan tidak terlalu artistik...Setelah melihat hasil seni tersebut kami dibawa ke pusat jualan t-shirt yang dikenali Degagu..Kawasan tersebut terletak di kawasan kraton juga. Gerai Central menjual pelbagai jenis rekabentuk dan warna t-shirt. Agak rambang jugak untuk memilih rekabentuk yang diingini kerana semuanya menarik. Aku telah membeli sehelai Degagu untuk dijadikan kenang-kenangan. Disebelah gerai Central terdapat sebuah gerai batik yang menjual hasil pakaian daripada batik. Aku tertarik sebuah kebaya yang besar yang kelihatan klasik..teringat kepada bonda tercinta untuk dibelikan tetapi memikirkan banyak tempat lagi yang belum dilawati. So aku tidak membelinya dan berjanji akan mencari cenderahati yang lebih baik. Setelah puas berada di gerai Central kami bergerak ke sebuah lg gerai batik. Harganya lebih mahal dan aku pun telah membeli 2 barang untuk diberikan kepada hausmateku. Kami agak keletihan dan mula beredar dari Kraton. Sepanjang perjalanan pulang kami melalui sebuah padang yang dikenali sebagai Alun-alun. Suasana santai dimana peniaga warung di tepi jalan hanya meletakkan tikar untuk tetamu berehat dan menikmati makanan. Agak menarik perhatian aku dan Sauffi untuk datang pada keesokan harinya sekiranya berkesempatan. Kami menuju ke hotel untuk melelapkan mata. Semasa di hotel terdapat seorang tukang urut sedang menanti Sauffi yang ada memaklumkan pergelangan tangannya sakit. Pengusaha hotel ada memaklumkan perkara tersebut kepada rakan-rakannya yang pandai mengurut. Seorang tua yang kami gelarkannya sebagai bapak,mengurut tangan Sauffi. Aku pun mengambil kesempatan untuk mengurut kakiku yang sakit dan bahagian badan. Hilang rasa ketegangan dan keletihan dengan urutan Bapak tersebut walaupun tidak begitu kuat dan menggunakan peralatan khas seperti garpu dan tanduk sapi atau lembu. Urutannya melegakan tubuhku. Upahnya hanya Rp75,000.00 sahaja dalam Rm30 je. Jam menunjukkan pukul 12..Esok kami perlu ke destinasi yang lebih menarik dan waktu untuk tidur...Tggguuu citer berikutnya esok...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan to Malam Pertama:
Catat Ulasan