Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Puteri Sa'adong the Royal Theatre

Jumaat, 6 November 2009

Watak Orang Alim yang menyeramkan..HEHEHEHE..siap ada fogging tu..HAHAHAHA




Imej Orang Alim yang menjelma di dalam mimpi Puteri Saadong.






Lakaran Artis Orang Alim..




Al-Kisah suatu ketika dulu, rasa teringin nak join teater. Firstime, i'm watching theatre at Istana Budaya (IB).Acting by Fasha Sandra & Jihan Miskin for legend storey of Tun Fatimah. Masa tu aku duduk Sentul di Apartment Orchid tingkat 15 kalo tak silap aku la..Aku baru bekerja di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Nak dijadikan cerita,hausmate aku seramai 4 orang budak-budak IB. Masa tu aku cerita pada diorang aku teringin nak tengok cerita Tun Fatimah. Walaupun kami jarang berjumpa kerana mereka sibuk bekerja siang & malam untuk menjayakan setiap persembahan di IB. Aku pun ajak officemate sekali pergi..1st time pergi memang best la walaupun aku sebenarnya rasa kurang selesa dengan seating yang agak sempit sikit.

Bermula dari detik tersebut,aku memang meminati bidang ini cuma peluang sahaja tiada masa tu...Bila sambung degree pun aku terdetik untuk membuat tesis berkenaan art centre architecture yang very suitable with my desired. I was present at premilinary design stage and my supersivor Ar. Madam Ong Suah Huah was proceed with the proposal. Every 2 weeks,i needs to show the progress with Madam Ong who are not understand in Bahasa Melayu. So bergeliat lidah aku to speak in English.

With my affort and teaching from Madamme Ong. I got B+ for final thesis...and at the same time,my gred to be increase for Second Class Upper..Alhamdulillah...Grad jugak walaupun pelbagai dugaan telah aku tempuhi..Masa buat degree la aku terasa susahnya belajar dengan masalah-masalah yang hampir menyebabkan aku hampir hendak menamatkan pengajian lebih awal. Berkat kesabaran & doa famili akhirnya aku berjaya juga. Thanks for Uitm, give oppourtunity to study there..And to all lecturers and fren BARCH2004-2006..Akan ku kenang jasamu sehingga akhir hayatku..Uitm Dihatiku!!...

Selepas bekerja di beberapa buah firma di KL ,aku telah menerima tawaran kerja di UPSI..Akhirnya,di sini la peluang aku menimba pengalaman di dalam bidang teater setelah Naib Canselor UPSI mengumunkan untuk mengadakan persembahan teater Sa'adong terbuka kepada staf-staf UPSI. Aku dengan rasa teruja telah menghadiri sesi ujibakat di Fakulti Seni & Muzik. Disitu la aku berkenalan dengan ramai kenalan daripada pelbagai Jabatan. Masa tu aku malu-malu gak,sebab aku adalah staf baru. Namun,diorang begitu komited untuk menjayakan teater tersebut. Aku telah menghadiri kursus selama 2 minggu dengan pimpinan Pak Amet Tokoh Bangsawan yang terkenal di Singapura & Malaysia. Keadaannya yang agak uzur dan terpaksa dibantu oleh Jawatankuasa yang dilantik. Walau pun begitu, beliau tetap bersemangat dengan kegigihan beliau untuk mendidik generasi baru tentang dunia teater ini.

Berdasarkan sejarah,dunia bangsawan ini telah di bawa oleh golongan bangsawan dari India dengan mengadakan persembahan di Penang & beberapa tempat di Tanah Melayu. Pada hari terakhir kursus tersebut,kami dikehendaki melakonkan babak pertama daripada lapan babak yang dipentaskan. Disebabkan kesibukan di pejabat,aku telah diberi watak hulu balang sahaja..HAHAHA..Lawak gak..Lagipun aku tiada masa untuk menghafal skrip.

Akhirnya,persembahan tersebut mendapat pujian dan akan dipentaskan pada penghujung Disember 2008. Namun,terpaksa ditunda disebabkan faktor komitmen kami yang terhad dan menghormati bulan Ramadhan. Sepanjang menganggotai Kelab Bangsawan Suluh Budiman (KBWB), aku telah dilantik menjadi Bendahari untuk menguruskan kewangan kelab dan menjadi perekabentuk logo KBWB.

Pelbagai pengalaman aku perolehi,bukan sahaja latihan tetapi telah diberi pendedahan oleh pensyarah teater,muzik & tarian. Kami juga telah dibawa menonton teater Bangsawan di Panggung DBKL & ASWARA. Ada yang ok dan ada yang kurang ok. Yang paling penting masa ku terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu,kursus insentif turut diadakan di Resort Tanjung Bidara,Melaka selama 4 hari.

Menjelang persembahan perdana, latihan hampir setiap malam sehingga ke pukul 1-2 pagi. Penatnya tak kira la tetapi perjalanan anak seni perlu diteruskan dan memjaga nama UPSI. Sesi pemilihan watak,pakaian,solekan telah dilakukan dengan teliti dan pelbagai masalah dalaman yang menyebabkan rasa kurang puas hati kepada pihak pengurusan. Dalam hati aku terdetik, memang dunia artis penuh masalah dan dugaan.

Aku teruskan lakonan sebagai Orang Alim yang menjelma di dalam mimpi Puteri Saadong..Watak tersebut tidak la sukar tetapi merupakan elemen utama di dalam menjayakan jalan cerita. Sedar tidak sedar,persembahan kami hampir tiba iaitu pada 6,7& 9 Februari 2009 di Panggung Budaya UPSI dan 13-15 Febuari 2009 di Panggung DBKL. Keadaan kedua-dua panggung tersebut agak jauh berbeza. Panggung Budaya lebih selesa dengan ruang yang agak luas. Manakala,Panggung DBKL terlalu kecil dan sempit serta kami terpaksa duduk di atas tangga untuk menunggu giliran persembahan lakonan. Pelbagai kejadian aneh berlaku di kedua-dua panggung kerana kami melakonkan watak orang yang telah beribu tahun meninggal. Serammmm beb!!!cuma perlu tabahkan hati dengan bacaan-bacaan ayat-ayat Kursi.

Bayangkan aku terpaksa ada di setiap malam untuk persembahan teater tersebut,disebabkan aku tiada backup artis. So, terpaksalah aku mengharunginya walaupu demam dan letih. Persembahan di kedua-dua panggung tersebut berjaya. Kami menarik nafas lega kerana telah menunaikan tanggungjawab dan aku pun telah selesai menghabiskan tesis ku dengan rasa syukur. Rasa gembir,sedih dan terharu pada malam terakhir begitu terasa. Akhirnya tertunai impian aku untuk menjadi pengiat teater.

Rakan-rakan teater,Awi,Jai,Kak Zura,Kak Nab,Kak Fida,Kak Ijat,Cik Zul,Zamrus,Cik Lena,Hafiz,Adik Azli,Onni,Shira,Shreen,Ida dan pelajar-pelajar FSM yang turut terlibat untuk menjayakan teater Puteri Saadong.

0 ulasan to Puteri Sa'adong the Royal Theatre:

Catat Ulasan