Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Reunion Sekolah Menengah Raja Muda..

Ahad, 29 November 2009
Ucapan welcoming dari Pengerusi Kelab...HEHEHE

Wah!!..Hadiah sapa ni..gabak gilerr sehh..

Kaum ayah & ibu..Kawan-kawan ku yang berkeluarga..


Oii..beratur betul-betul la..HEHEHE



Inilah Batch aku Sekolah Menengah Raja Muda,Parit Jawa,Muar




Salamm...Raya ke-3 Aidiladha tahun ini amat bermakna pada diriku..Satu majlis perjumpaan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Raja Muda (SMRM) telah diadakan di Balairaya Parit Jawa,Muar,Johor...Aku pun diberitahu last-last minute oleh kawanku Dahlan..Bior beno!..Memang sudah lama tak bertemu diorang..Aku keluar SMRM tahun 1993,selepas menerima tawaran memasuki Vokey..16 tahun yang lalu..Huyoooooooooo!!lame giler...

Memang kira sejarah la dalam hidup aku dan kawan-kawan yang lain dan firstime aku menjejakkan kaki ke balairaya tu,dulu tapak tadika aku belajar..HEHEHE..lama giler..esok aku akan mencecah 31 tahun..Kalo Dahlan tak bagitau aku mesti aku tak tahu langsung..Maklum la,no contact memang aku tak ada disebabkan aku merantau hampir 10 tahun di tempat orang..kalau ada pun dalam 2-3 orang..

Tepat jam 10.30 pagi,aku terus bergerak ke balairaya yang dijanjikan..Dahlan tak dapat datang,terpaksa kerja on call..Frust gak aku..uhuhuh...Orang pertama yang aku jumpa Azhar Maiden..Orang tua dia bisnes roti canai..tapi sekarang tak tahu la..Dia pun merantau kerja TLDM di Lumut..Sembang-sembang kat luar aku jumpa Iskandar,Hanapiah,Ishak,Fazli,Suhaimi dan Ais..Ada yang aku tak hingat nama diorang..Sori la kawan2 ram dah kurang...HAHAHA..

Rakan wanita yang aku ingat..Norita,Mahani,Zuria,Azi,Ina,Sa'adiah,Mazlina,Rozana itu je..yang lain-lain aku ingat-ingat lupa..Ye la kan..lama betul la..Kebanyakan sudah pun berumahtangga dan mempunyai anak 2-3 orang..Alhamdulillah..Aku pun merangkap jadi juru kamera memandangkan aku bawak DSLR aku ke kampung...Sakan la aku amik..Sebab itu la hari paling bersejarah kami tertemu semula..Kebanyakan kawan-kawan aku kenal sejak dari tadika sampai sekolah menengah..Dari kecil sampai la ke usia sekarang..

Bila jumpa,sudah rasa macam dalam kelas je..HAHAHA...Riuh Rendah..masing-masing hendak bercerita perkembangan hidup..Cepat betul masa berlalu..2 jam tak terasa sangat...Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Hanapiah..Dulu star kat sekolah sebab budak sport..Ucapan yang amat bermakna kepada kami semua..Thanks a lot Cikgu!!..Kami diwajibkan untuk membayar RM10.00 untuk jamuan yang AJK sediakan iaitu..Mahani,Zuria and Norita...Diorang ni memang kawan rapat sejak sekolah rendah lagi..Nasi Lemak,Roti Jala,Kueh-mueh dan macam-macam..Aku tak larat nak makan..Jamah la jugak sambil bersembang dengan kawan..

Kawan rapatku Hafiz baru sampai membawa baby..Sejak kawin memang aku pun jarang contact dia sebab sibuk dengan kerja and hidup..Kami pun mengajak beliau join the group makan..Tak sempat jamah ada je cerita nak sembang..aku sempat la ambil gambar kawan-kawan dan masukkan dalam facebook untuk diorang tengok hari bersejarah ini di kemudian hari..HEHEHE..
Nextime boleh jumpa lagi you all k..

0 ulasan to Reunion Sekolah Menengah Raja Muda..:

Catat Ulasan