Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Langkawi storey...

Sabtu, 19 Disember 2009
We're ready to fly...
Alisha and her mom's

Horeyyy..Jump for hapiness

Picture at the floating bridge..

Nightlife at Pantai Cenang...

Salamzz..Lame tak bersiaran..tapi aku mencari true story untuk dikongsi bersama..Sape-sape boleh dapat manfaat apabila baca massage aku ni..Bukan omong-omong kosong ya ibu-ibu jugak bapak-bapak..Aku baru pulang dari Langkawi..Bandaraya Pelancongan...Aku memang sudah lama mendengar keistimewaan Langkawi especially barang-barang bebas cukainya...Keindahan pulau nya juga dikatakan antara yang tercantek di dunia..

Hari Khamis 17Disember seperti yang dirancang..aku,Nana (adik aku),Shah (adik ipar aku),Zana (kawan Nana),Azmi (hubby Zana) & si comel Alisha (Zana & Azmi daugther's)..Seawal 5 pagi kami bertolak dengan menaiki satu kereta ke LCCT..Aku memang tak boleh tidur malam tu, sebab sakit kaki aku yang terseliuh aritu, aku sapu ubat dari Indonesia memang rasa semacam..huhuhu..Mengantuk yang amat..Sampai kt LCCT kami terus ambil boarding pass..Kaki aku rasa pedih semacam..Nak tak nak kene jalan jugak ke flight yang agak jauh dari boarding area..Memang penuh la dalam flight..Tetiba terdengar suara baby menangis..Sah!Suara geng rombongan cik Kiah aku..Suara Alisha..Memang kuat la dia menangis dan lama pulak tu..cian lak aku tengok..tapi aku lagi emo sebab kaki aku kebas semacam sebab seat AK331 sempit mey..

Perjalanan menaiki flight hanya 45minit sahaja..Sampai di langkawi airport..Kami terus menaiki kereta sewa nissan sentra warna hitam metalik...Pusing-pusing sat kt Pekan Kuah..breakfast dulu..Perjalananan diteruskan..Tak di sangka tetiba tayar kereta pancit & pecah..Mengucap panjang aku...Huhuhuhu..Kami sume keletihan & tayar pulak pancit..Nasib baik ada tayar spare so boleh ganti..Setengah jam gak la..Hotel kami terletak di Pantai Cenang..Nama hotel tu..Nadias Inn Comfort..xberapa confort untuk family trip..huhuhu..tapi ok la untuk backpacker macam aku..

Sampai kat hotel..terus terlelap..kol 6ptg baru aku bangun..itu pun lepak kat bilik je tengok final football Asian Games Malaysia vs Vietnam..The result Malaysia win with agreget 1-0..So touching when our country be the winner..Malam kami keluar g makan kat tepi pantai..Pekena chicken chop yang boleh tahan la rasenya..sembang-sembang untuk rancang perjalanan untuk esok..Lepas makan diorang semua balik hotel..Aku merayap kat sekitar gerai-gerai Pantai Cenang..Syok gak suasana malam..Aku lebih suka jalan sorang-sorang sebab tak suka sangat nak tunggu orang & tak selesa orang tunggu aku..Sebab aku ni cerewet bila nak beli barang..Kadang-kadang sampai kat kaunter boleh cancel..


I have bought one shirt for wearing tomorrow..The hawaian shirt with soft pattern design..Balik hotel aku rehat sekejap selepas itu terus boooooooooommmm..zzzzzzzzzzzzzzzz


Hari Jumaat,kami memulakan perjalanan dengan breakfast kedai mamak depan hotel dan terus ke destinasi naik cable car..Sampai sahaja di lokasi aku tengok ramai betul orang beratur..Beratur hampir 30 minit baru dapat naik cable car..Ya Allah!!..memang gayat la..Laju,cerun dan tinggi macam jantung aku tetinggal je kat bumi..Aku naik bersama Zana,Azmi dan Alisha..Alisha paling rileks & sempoiii je...macam takde perasaan...huhuhu..Sempat menikmati pemandangan dari aras 5000kaki dari paras laut & melalui jambatan gantung yang very nightmare..


Lokasi seterusnya aku n geng2 cik Kiah ke Makam Mahsuri..Lagenda Langkawi yang terkenal..tak perlu la aku cerita korang pun tau cerita diakan..Snap-snap gambar kat rumah Mahsuri & kawasan sekitar selepas tu terus ke Pantai Rumbia..tapi hujan turun dengan lebat & tukar plan destinasi...So kami terus ke Langkawi Idaman Suri..sesuai dengan nama tempat membeli belah golongan suri rumah..Pinggan mangkuk,peralatan rumah semua pada harga yang ok kot..aku pun tak tau la,tak pernah survey pun...IKEA memang aku survey giler2..kikikiki...

Lepas tu,kami singgah di Pekan Kuah sekali lagi,sempat la beli coklat di Perniagaan Haji Ismail Group..Boleh tahan murah & ada yang mahal jugak..Coklat Daim,Bueno and entah apa-apa lagi..Memang terasa letih jugak..Snap gambar di Tugu Helang..Kami banyak menghabiskan waktu dengan menikmati pemandangan di dalam kereta dan berada di shopping complex bila cuaca panas..kakakaka...Seterusnya singgah Makan Malam di Restoran Hj Ismail..Boleh tahan jugak sedap..Puas hati..Memang aku rekemen lah sapa yang nak makan kat situ..

Abis makan aku pusing-pusing di sekitar Pantai Cenang sekali lagi..Geng-geng Cik Kiah balik hotel sebab keletihan..Puas berpusing tengok suasana malam yang riuh rendah dengan pelancong luar memang menarik perhatian aku..Balik hotel kemas barang untuk pulang check out and terusss booooommmmm..zzzzz

Pagi hari yang tenang..Aku,Nana and Shah..Pergi ke tepi pantai untuk mandi tapi aku tak mandi la...rasa tak selesa nak mandi sebab aku selesa mandi di hotel je..Tepat pukul 12am terus check out..Barang-barang ada yang kami letak di airport..sempat makan di restoren depan The Zone,lepas kekeyangan terus pergi main bowling di Jeti..Susah betul nak cari parking..Pening dah kepala kami pusing-pusing cari parking..Aku memang tak larat nak main sebab kaki tak berapa baik lagi..Lepas main bowling terus pergi Langkawi Parade..Destinasi terakhir kami...

Tepat jam 7pm...Kami sampai di airport...Kereta sewa pun kami sudah serah pada owner..Nak jadi cerita...Semasa kat airport macam semua ok...tapi masa di kaunter..Staf AirAsia bertanya kandungan Nana..So Nana bagitahu 7bulan..Diorang mintak surat doktor untuk pengesahan..Nana memang xde surat doktor..Masa kat LCCT ada form yang perlu diisi sebab tiada surat doktor..walau bagaimanapun kat Langkawi Airport..memang perlukan surat doktor..Staf Air Asia tak benarkan selagi tak dapat surat pengesahan doktor..Apalagi kalut cari klinik..3 kali pusing cari klinik terdekat semua tutup...

Flight delay jam 9.00pm daripada waktu asal 8.00pm..Hampir jam 9.00pm..Memang saat menggentirkan...Nana & Shah akhirnya tak dapat naik flight 9.00pm..Aku,Zana,Azmi & Alisha je yang naik flight..kelam kabut la masa tu..memang kalut giler..siap ada barang yang tak lepas sebab ada pisau dalam set pinggan mangkuk..aku pulak tertinggal barang sampai staf Air Asia hantar dalam flight..Kami orang terakhir naik flight..hihihihi...Gentir betul masa tu..Semua orang dalam flight tengok kami kelam kabut..hihihihihi..

Dengan bantuan rakan Azmi..Nana & Shah dapat jugak surat doktor..So diorang naik flight pukul 11.20 malam..kami selamat sampai di KL jam 10.30..Kereta pun kawan Zana dah hantar ke airport..Budget2 barang tak boleh letak dalam bonet..Aku singgah rumah Pza hantar barang..Lepas tu ambil Nana & Shah jam 1.30am..Kami terus pulang ke Tgm dalam pukul 3 lebih..Huh!!

Memang pengalaman yang mencabar dan penuh debaran di saat-saat akhir untuk kami pulang ke KL..huhuhuhu..Pelbagai masalah yang memberikan kami experience yang sangat bermakna dan mencabar sekali dalam hidup aku berada di airport Langkawi...hihihihi

0 ulasan to Langkawi storey...:

Catat Ulasan