Malam Pertama
Rabu, 5 Ogos 2009
Hari smbg lg citer...Malam pertama di Jogja..Kami telah telah menetapkan untuk bertemu semula pada jam 7.30 mlm waktu tempatan (8.30 mlm waktu Malaysia) tetapi suasananya agak gelap berbanding di Malaysia yang waktunya 7.30mlm masih terang..tetapi di jogja telah pun gelap gulita..Kami merancang untuk berjalan kaki untuk melihat keindahan malam kota yang padat tersebut..Walau bagaimanapun,kami telah dipelawa oleh penarik beca untuk menaiki beca kerana berjalan lebih memenatkan dan kami tidak tahu kemana arah hendak dituju. Tawar menawar antara kami bermula..Kami bersetuju dengan mengenakan Rp 15000.oo/seorang untuk melawat sekitar bandar Jogja. Kami dan Sauffi naik satu beca,Sarah dan Zam satu beza manakala Ida,Erma dan Ermy 1 beca..Menyusur kesibukan kota Jogja dengan kereta dan motosikal yang sentiasa berarus mengejar destinasi. Disebabkan perut terasa lapar,kami bercadang untuk makan makanan popular di Jogja. Penarik beca memberitahu kami makanan yang popular di Jogja adalah Gudek..Aku dan rakan-rakan telah dibawa oleh penarik beca ke sebuah restoran Gudek yang terkenal...Kata penarik beca tersebut.. Tak kisah la janji perut dah terasa lapar perlu diisi segera..Gruuuuuuuu!!!...Perut dah berbunyi...Aku dan rakan agak kekok sedikit sebab kami terpaksa bersila di atas lantai untuk menikmati hidangan. Seorang pelayan telah datang dan membawa menu berserta borang pesanan sekali untuk diisi oleh pelanggan..Pelik tapi benar..Aku teringat makan di Taman Bernam, ada sebuah restoran yang menggunakan sistem tersebut..Memang tak jadi makan la mase tu..Waktu tu makan dengan si Ajib dan Fitri...Berbalik dengan citer aku ni..Kami nk order pun xtau hehehe...Sebab menunya berlainan sekali..Kami tahu Gudek je dan beberapa jenis air. Dari menu tersebut kami mempelajari beberapa istilah yang berbeza dengan bahasa Melayu. Antaranya, aqua tanggung=air mineral,soda gembira=air soda dan es teh=teh sejuk..Kami gelak sesama sendiri..Aku telah menempah teh botol dan nasi gudek ayam..Entah tak tahu la ape rasenye..Masa menunggu hidangan diisi dengan sesi foto dan membaca menu. Sedang kami leka menunggu hidangan,sebuah kumpulan artis jalanan yang terdiri daripada 3 jejaka telah meminta izin membuat persembahan lagu2 akustik..Mereka pun telah memainkan beberapa lagu popular kumpulan Indonesia. Wah!!best rasenye...Hidangan pun sampai..Aku terus merasa makanan nasi Gudek yang hampir menyamai nasi ambang (orang johor mesti tau)...Walaupun rasenye tak kene dengan tekak aku..Aku telan je..Diorang pun makan je...Kumpulan Akustik pun terus memainkan gitar dan nyanyian mereka sehingga kami abis makan dan sesi bergambar..hehehe..Aku tidak ade duit kecil untuk diberikan kepada mereka..Ermy dan Zam yang bagi duit kt diorang..Mereka macam terharu sebab katanya kami bagi terlalu banyak..Mereka terus memainkan lagu Inggeris dari artis Santana...HAHAHAHAHA...Suka betul diorang tu...Tiba masanya untuk kami beransur..Ermy telah membayar wang pendahuluan memandangkan kami semua tidak mempunyai wang kecil dan akan dikira sekalo dengan sewa hotel dan pengangkutan. Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki beca yang setia menunggu kami ketika makan. Kami menyusuri kawasan yang dikenali sebagai Kraton oleh penarik beca..Kawasan raja-raja yang dikelilingi tembok setinggi 3 meter mengelilingi kawasan Kraton tersebut. Menurut penarik beca tersebut,kawasan sekitar kraton tidak boleh dibangunkan mahupun dijual kerana ianya telah diwartakan dan kawasan tersebut tidak mempunyai geran tanah...Perjalanan kami menyusur ke sebuah lorong yang agak gelap..Aku rase seram,takut kami ditipu oleh penarik beca tersebut..3 beca tersebut membawa kami ke galeri seni lukisan yang telah dilukis oleh waris-waris kraton...Galeri tersebut menghimpunkan lukisan asli dan moden dengan harga yang berpatutan. Aku hanya melihat sahaja memandangkan aku peminat seni tampak moden dan tidak terlalu artistik...Setelah melihat hasil seni tersebut kami dibawa ke pusat jualan t-shirt yang dikenali Degagu..Kawasan tersebut terletak di kawasan kraton juga. Gerai Central menjual pelbagai jenis rekabentuk dan warna t-shirt. Agak rambang jugak untuk memilih rekabentuk yang diingini kerana semuanya menarik. Aku telah membeli sehelai Degagu untuk dijadikan kenang-kenangan. Disebelah gerai Central terdapat sebuah gerai batik yang menjual hasil pakaian daripada batik. Aku tertarik sebuah kebaya yang besar yang kelihatan klasik..teringat kepada bonda tercinta untuk dibelikan tetapi memikirkan banyak tempat lagi yang belum dilawati. So aku tidak membelinya dan berjanji akan mencari cenderahati yang lebih baik. Setelah puas berada di gerai Central kami bergerak ke sebuah lg gerai batik. Harganya lebih mahal dan aku pun telah membeli 2 barang untuk diberikan kepada hausmateku. Kami agak keletihan dan mula beredar dari Kraton. Sepanjang perjalanan pulang kami melalui sebuah padang yang dikenali sebagai Alun-alun. Suasana santai dimana peniaga warung di tepi jalan hanya meletakkan tikar untuk tetamu berehat dan menikmati makanan. Agak menarik perhatian aku dan Sauffi untuk datang pada keesokan harinya sekiranya berkesempatan. Kami menuju ke hotel untuk melelapkan mata. Semasa di hotel terdapat seorang tukang urut sedang menanti Sauffi yang ada memaklumkan pergelangan tangannya sakit. Pengusaha hotel ada memaklumkan perkara tersebut kepada rakan-rakannya yang pandai mengurut. Seorang tua yang kami gelarkannya sebagai bapak,mengurut tangan Sauffi. Aku pun mengambil kesempatan untuk mengurut kakiku yang sakit dan bahagian badan. Hilang rasa ketegangan dan keletihan dengan urutan Bapak tersebut walaupun tidak begitu kuat dan menggunakan peralatan khas seperti garpu dan tanduk sapi atau lembu. Urutannya melegakan tubuhku. Upahnya hanya Rp75,000.00 sahaja dalam Rm30 je. Jam menunjukkan pukul 12..Esok kami perlu ke destinasi yang lebih menarik dan waktu untuk tidur...Tggguuu citer berikutnya esok...
Mampir!!Mampir!!

Hah!Arini aku smbg lg ye citer...Sebelum flight mendarat...Pilot Air Asia menunggu arahan untuk mendarat..Pelancong Thailand td telah pun terjaga dan membuka sliding window flight tersebut..Dapat la aku melihat panorama Jogjakarta dari awandania...hehehe..Keadaan bandarnye agak padat..dan kelihatan bumbung genting merah di segenap kawasan..Sedang leka memerhati..Kami diberi arahan untuk bersedia mendarat...Dlm hatiku hanya terdetik xsabar2 nk mengembara dan bercuti di Jogjakarta yang telah setahun aku booking bersama fait (Rakan sepejabat yg banyak bekerjasama denganku)..Tp Fait xdpt pegi..Kesian gak kt dia..Sebb xdpt pelepasan..Kesian sekali lg..Pesawat menyusur laju ke landasan airport..Kiri dan kanan landasan adalah kawasan padang bola dan sawah..Allhamdulillah pesawat berjaya mendarat dalam pukul 4.30 petang,suasana agak senja...Aku dan rakan-rakan tersenyum sesama sendiri..Masing2 mcm blur je tp hepi...ke aku sorg yg blur...hehehe...Kami mula menyusur langkah dari tangga AirAsia..Allhamdulilah sekali lg kami selamat smpi ke Jogjakarta..Kami dikehendaki beratur untuk pemeriksaan kastam Indonesia dan saringan H1N1..Ketat betul pemeriksaan kastam dan pegawai kesihatan disana..Kami dikehendaki melalui satu frame dengan disembur sanitizer..Aku adalah orang terakhir yang melaluinya..Walaubagaimana pun Ida xlepas melalui kastam dan diminta untuk isi semula borang. Bagi pelancong Mat Salleh diorg kene mengisi visa..Mcm tu pulak ye...Aku terus menuju ke kaunter tempahan teksi..Juru kaunter tersebut memberikan beberapa pakej untuk lawatan ke Merapi,Prabanam dan Borobudur..Tp kitorg decide pergi hotel dulu..Hotel yang kami akan tujui adalah Hotel Puspita..Semua ini telah ditempah oleh Erma sejak di Malaysia lagi..So dari airport yang namanya agak panjang..Kami menyewa sebuah Toyota Unser..Cukup2 je tujuh orang..Kalo Fait ikut mesti kene sewa lg 1...Sori ye fait...ehehe..Sepanjang perjalanan kami banyak bertanya kepada pemandu unser tersebut,yang telah aku lupa namanya..Offer kami untuk lawatan esok tapi kami nk berbincang dulu sebelum pergi..Aku melihat kiri dan kanan jalan..Bangunan-bangunannye agak padak dan jalannye agak kecil dengan dihimpit oleh motosikal yang mendominasi jalan..Sesuatu yang menarik kerana pembahagi jalan mempunyai lanskap di bahagian tengahnya...Redup je..walaupun jalannya agak sesak..Kami menyusuri laluan yang tidak diketahui..tp kami percaya kepada pemandu Unser tersebut bersikap jujur menghantar kami agar selamat sampi ke hotel..Suasana semakin gelap..Kami tertanya-tanya di mana hotel budget yang kami menginap...Akhirnya kami ternampak papan tanda Hotel Puspita di sebelah kiri jalan..Dindingnye berwarna hijau epal dan orange bali...Tiang-tiang berwarna coklat..Terdapat patung seorang pahlawan sedang memenggal kepala seorang kanak-kanak lelaki dan kambing disisi pada ruang masuk ke hotel berkenaan di sebelah kanan..Mengerikan!!...Huhuhuhu...Kami terus menuju ke kaunter..Juru kaunter menunggu kami dengan menyerahkan resit untuk ditulis...Kami telah diberikan kunci bilik..Aku sebilik bersama Saufi..Kami menuju ke courtyard yang dihiasi dengan Arca pargola dan katak...Aku dan Saufi terus menuju ke bilik di tingkat 2..Bangunan hotel tersebut seperti asrama sekolah dua tingkat...Tetapi telah diubahsuai dengan cantek sekali...Setelah membuka bilik yang kami akan diami..Aku terus ke meletak beg di atas lantai..Di dalam bilik tersebut terdapat 2 katil,1 kipas angin dan meja solek..Ada katil lantai untuk tambahan..Tanpa membuang masa..Aku terus mengeluarkan barang yang patut sementara menunggu Saufi mandi..Rase letih tapi seronok sebenarnya...Nk tau aktiviti malam pertama di Jogjakarta..Hehehe...Tunggguuuuuu
Awandania

Flight AK?? lupe lak...Sempit ckit...lepas berhimpit dgn penumpang lain..Aku cuba mencari tmpt ddk ku..Masa tu tgk pramugari yg cun melecun melihatku..Dalam hatiku memuji keagungan Tuhan..hehehe..So aku cari seat aku 21E kalo xsilap..Aku ddk ditengah2..Disebelah kananku pelancong dari Thailand..Disebelah kiriku pelancong dari Malaysia iaitu Zam (geng rombongan cik Kiah)...hehehe...Dh 3 thn xnaik flight..Berdesing gak telinga aku naik flight..Sbb tekanan yang agak kuat..Apabila flight dh berada di awan..Aku dpt melihat luar tingkap..Rupabentuk bumi di Malaysia..Tp sekejap je..Sbb pelancong Thailand tu ttp tingkap..Mybe sbb cahaya matahari menembusi tingkap flight tersebut..Nextime kene tinted la..hehehe...Aku terus membelek2 majalah dan menu yg akan dijual oleh pramugari cun melecun tu...hehehe...Aku terus membelek2 menu yang ade..Agak mahal gak..tp tekak aku dh haus..Mkn?..tp mcm xlapar la pulak..So aku pun memilih membeli air mineral sahaja..Apabila troli jualan melalui tmpt aku..Pramugari yg cun tu pun menanyakan soalan..Nk order?..Aku jwb..Bole beri air mineral 1?..Dia jwb...RM4..So aku bg RM4 cukup je..Katanye lg terima kasih dengan senyuman yang ikhlas..Teringat kawanku cik Jai..Pernah bertugas di MAS sebgi pramugara..Skrg ni bertugas sebgi pensyarah di UPSI...Dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHd..Chaiyokkk laa..Berbalik pada cerita aku ni..Aku rase terlalu sempit naik Air Asia..hehehe...Nk ilangkan boring aku pki la MP3 player yang dibeli oleh adikku Ruhana..Biasenye aku guna MP3 ni waktu gi joging je..Nk ilangkan boring sbb Zam & pelancong Thailand tu pun tidur...Cuaca agak baik..Flight menerjah awan dengan baik sekali..Disebabkan keadaan yang selesa aku terlenaaaaaaaa...Sedang terlena..Tetiba terdengar suara pengumuman pramugari memberitahu penumpang bahawa pesawat akan smpi ke Jogja dlm mase 1/2jam...Berdebar2 rase hati ni..Nk tau citer berikutnya..tgguuuuuu
Ahad, 2 Ogos 2009

Arini smbg citer semlm..Perjalanan diteruskan ke LCCT. Di dalam bas bunga raya hanya 20% je org tempatan,selain daripada itu mereka yg berkunjung ke Malaysia. Mata mula mengantuk disebabkan perjalanan yang agak jauh dan sesak. Aku pun tertido setelah melihat Saufi pun tertidur. Sepanjang masa aku tidur dengan diganggu oleh bunyi handphone brother yang aku rase maybe dari Bangladesh. Bunyi ringtone warga bangla tu sedikit sebanyak kelenaanku. Aku rase semakin hampir dengan LCCT setelah melihat papan tanda di bahu jalan. Betul jangkaanku,aku hampir sampai di LCCT. Tak sabar2 lagi aku nk menaiki penerbangan tambang murah Air Asia. Sesampai je di LCCT,kami terus mengusung beg ke tempat departure. Perjalanan ke Asia diasingkan daripada perjalanan ke negara selain daripada Asia. Kami telah diarahkan menuju ke sebelah kanan. Barisan penumpang agak panjang,sementara menunggu giliran. Perutku telah berbunyi menandakan ada sesuatu yang perlu dibuang dan diisi semula..hehehe..Aku cuba mengisi perutku dengan sesuatu teringat Mc'D yang telah agak lama tidakku makan..Maklum la kt Tg Malim xde Mc'D. Aku terus bergerak dan Saufi telah berada di sana. Sejurusnya sampai di Mc'D..Sarah dan Ida pun berada di sana...So aku pun berkenal-kenalan bersama Ida dan Sarah..Walaupun ade berjumpe sebelum ini..Tp aku xkenal sgt diorg tu..hehehe..Masa begitu mencemburui kami..Order Mc'D pun lambat sbb ramai customer. So kami kesuntukkan masa. So ape lg..Kami pun menjamah secepat mungkin makanan segera tersebut. Erma n Ermy serta Zam tengah tggu kami untuk menuju ke departure area. Setelah membuat pemeriksaan di kaunter kastam, kami tidak dibenarkan membawa air botol.. So terpaksa la aku buang air mineral 1.5 liter aku ke dalam tong sampah. Kami terus berjalan laju sehingga ke kawasan pelepasan. Pesawat sedang menanti kami dan tidak sabar untuk menerbangkan kami. Aku melihat sekitar LCCT..Keadaannya mmg agak simple dengan pergerakan kenderaan pengangkut melintasi hadapan kami sambil senyuman pramugari yang cun melecun..hehehe...Pesawat semakin jelas kelihatan..aku pada mulanya nak naik bahagian depan tetapi penumpang beratur agak panjang..Melihat kedudukan kerusi 21E aku pun memikirkan semula untuk masuk dari bahagian sayap. So aku bergerak ke bahagian sayap..Keadaannya pun sama..Dengan lafaz Bismillah..Kaki kananku melangkah ke anak tangga pesawat...So aku smbg lg ek..
JOGJAKARTA>SOLO>JOGJAKARTA
Sabtu, 1 Ogos 2009

Tanggal 23julai-29julai2009 merupakan hari yang aku nanti2kan untuk ke sebuah negara yang terkenal dengan kebudayaan dan sejarah iaitu Indonesia. Daerah yang akan aku kunjungi adalah Yogjakarta. Tempahan tiket telah dibuat selama setahun. Wah! mcm lame tapi sebenarnye kejab je..Tiba hari nk flight pun aku rase mcm mimpi. Pergi bersama geng2 volunteer SALAM, diorg ni sempoi je,sebab rakan2 rombongan seramai 7 orang iaitu 2 lelaki dan 5 wanita. Aku,Fifi,Erma,Ermy,Sarah,Ida dan Zam merupakan rombongan cik kiah ke jogja. Perjalananku bermula di stesen komuter Tg Malim ke KL Sentral,sebelum itu terpaksa transit & tukar tren di Rawang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam ke KL Sentral. Setibanya di KL Sentral, seperti yang telah dijanjikan untuk berkumpul di sana..Aku xnmpk pun batang idung bebdk ni..So aku bfast dl di Mc'D. Sedang menikmati hidangan pakej bfast,tetiba sekumpulan warga istimewa orang-orang buta ddk bersebelahan dengan mejaku. Ada 5 orang semuanya yang cacat penglihatan tidak termasuk cikgu diorg. Perasaan syukurku menyala2 apabila melihat mereka yang tidak sempurna hendak menikmati hidangan sarapan pagi. Dalam fikiran ku hanya terbayangkan bagaimana sekiranya diorg nk berjalan sambil bercuti tetapi tidak dapat melihat. Sedihkan?...Sedang syok melayan perasaan aku,ternampak ermy yg sedang melambai-lambai tangan. Bebudak lain pun ade cume Sarah & Ida je xde..Diorg tggu kt LCCT..So kami berlima aje akan bergerak dari KL Sentral. Diorg nk tukar duit kt money changer..Aku pun rase nk tukar lagi selepas tukar RM500 di Tg Malim..Rase-rase mcm xcukup je..So tukar RM200 lagi...Total2 dalam Rp1juta lebih..Kayoo pakcik!!!...P2 diorg baru nk bfast..So gie la makan kt tingkat atas KL Sentral. Rupenye kt tingkat 1 KL Sentral ade Food court..Kalo aku tau bfast kt situ. On the way nk ke Food court, aku singgah di 7E beli jajan untuk bekalan semasa di Jogja nnti.. Aku ni cerewet ckit bab makan..Kalo xsedap aku xnk makan..Kalo sedap aku mkn banyak2..Yum2!!...So kitorg lepak kt Food court dalam setengah jam. Selesai je makan kitorg terus mendapatkan tiket ekspress ke LCCT. Perjalanan ke LCCT memang aku xtau,yg aku tmpt tu dekat dengan KLIA...hehehe...OK sok sambung yeee...
Langgan:
Ulasan (Atom)
_2.jpg)
.jpg)