Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Ribut-Ribut..

Khamis, 22 Oktober 2009
Gambar halaman rumah ini aku ambil pada waktu petang yang hampir hujan. Awan gelap mula bergerak ke utara. ENDIBLE garden petola aku agak subur tapi tak berbuah-buah lagi..

Inilah bank peribadi aku. Hari ini aku menerima voucher Rm10.00 selepas mengutip point 2000. Time-time sanggap ni..Dapat voucher pun ok la..Satu hari nanti aku berangan-angan hendak bukak cawangan IKEA di JB.


Abah sedang mengemas laman rumah,dahan-dahan pokok patah berselerakan di laman rumah.

Paras air parit sebelah rumah penuh dan jernih sekali..Dulu masa kecik2 memang aku terjun ja.


Keadaan bumbung rumah yang tercabut dan retak akibat ribut tempoh hari.




Lepas Solat Subuh pagi tadi, aku berdoa semoga kejadian ribut yang melanda di kampung ku tidak lah seteruk di Indonesia,kepulauan Samoa dan Filipina. Perubahan cuaca 'global warming' mengakibatkan dunia hari ini semakin mengganas. Perubahan tersebut mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengorbankan banyak nyawa.

Kadang-kadang kita merasa selamat di bumi Malaysia yang tidak terletak di lingkungan gempa bumi, gunung berapi tetapi kita harus sedar dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Syukur lah kita masih selamat dan negara terus menongkah arus pembangunan.

Aku pulang ke kampung halaman pada jam 9.30pagi bertolak dari Tanjung Malim. Singgah sebentar di IKEA melihat barang-barang reject 'AS IS'. Time-time ni aku window shoping je..Tengok-tengok je..So aku menggunakan formula 'Ugly Betty'..Enjoying shopping without money..Macamane tu??..
Nanti aku bagi petua2nye ye..

So aku meneruskan perjalanan ke kampung,cuaca hujan di Port Dickson, Pedas dan mendung je di sekitar negeri Melaka. Singgah solat di Restoren Jejantas Ayer Keroh untuk solat. Aku still berdoa semoga selamat sampai ke destinasi.

Sampai ke exist 235,Tangkak ..Aku menyusur laju ke tol Touch n Go sambil mendengar lagu Rihanna di Hitz fm...Sampai di Bandar Maharani..Aku singgah kejab di Butik B (shortform for Bundle)..Kawasan parking lengang giler..So aku park ler nak cari baju t-shirt lengan panjang untuk kursus Pengukuhan Pasukan yang ada aktiviti tracking n pinball nanti. Menggunakan pakaian tersebut dapat lah aku mengurangkan risiko digigit nyamuk nanti.

Selepas membeli 2 helai baju yang agak-agak ok,terus aku ke tempat letak kereta dan terus drive sehingga ke Jambatan Sultan Ibrahim. Tiba-tiba aku melihat sekeping surat saman Majlis Daerah Tangkak di celah-celah viper kereta SAGA. Kawasan Tg. Agas terletak di daerah Tangkak walaupun kawasan tersebut hampir ke Bandar Maharani. So aku pun sentaplah juga..Lantak p laaa...Jalan tu bukan majlis yang punya tapi JKR punya.Masuk court pun aku boleh menang..

Meneruskan perjalanan, melintasi rumah Pok Da..Aku tengok balai (khemah besi) sudah tiada di halaman rumah tetapi berada di sebelah rumah dengan keadaan terbalik...HUHUHU...Dalam hati aku terdetik jugak,dahsyat betul ribut kali ni...Aku terus menyusur ke rumah..Aku dapati dahan-dahan pokok banyak yang patah. Sampai di rumah,aku lihat famili aku sedang menikmati buah nangka yang telah masak dan pokok nangka tersebut telahpun patah...Akibat keletihan aku terlelap sehingga mak sudah menyediakan makanan.

Jam 6.30 petang,aku menikmati masakan asam pedas ikan pari bersama belacan dan tauhu goreng..sedap tak terhingga...Abah sedang sibuk memotong dahan pokok yang tumpang dan membersihkan laman rumah. Selepas makan aku melihat keadaan bumbung yang rosak akibat ribut tersebut. Teruk jugak la..hari esok ada tukang bumbung yang datang baiki...Air di parit sebelah rumah pun penuh melimpah sehingga ke belakang dusun jiran.

Walaupun begitu,aku bersyukur dengan famili aku selamat dan dikhabarkan 2 orang kampung jiran meninggal akibat terlanggar pokok tumbang semasa ribut melanda. Petir sambar menyambar.. Angin kencang melebihi 100km/jam...Jarang-jarang berlaku...bak kata pepatah Melayu..Jangan membina rumah di tepi pantai sekiranya takut badai menimpa,lebih kurang gitu la..Lokasi pesisir laut hanya 100m sahaja dari rumah aku..Dahulunya kawasan pantai kini telah menjadi hutan bakau akibat daripada perubahan alam semulajadi. Walau bagaimanapun peristiwa tersebut telah memberikan gambaran tentang kekuasaan Allah,..

Mimpi oh Mimpi

Rabu, 21 Oktober 2009
Hari ini aku mendapat berita gempar..Kampung aku di landa ribut..Rumah aku pun turut mengalami kerosakan..Aku pun malam semalam,mimpi tak berapa best. Tapi sekiranya anda bermimpi kurang best..Jangan sesekali cerita kat orang..So aku tak boleh la nak citer kat sape2..Perkara ni aku dapat tahu melalui orang atau buku,aku lupa ka..Esok aku amik cuti pulang ke kampung..nak tengok keadaan rumah mcmane..yang penting famili aku selamat..Famili mesti diutamakan..Diorang la yang banyak membantu aku selama ni..Spirit Mak & Abah memang tidak ternilai akan ku kenang sehingga akhir hayat..Tanpa mereka siapa la aku hari ini...

Mimpi aku menjadi kenyataan dan kadang kala apa yang diimpikan tidak seperti yang diimpikan. Bersyukur apa yang kita ada dan berusaha untuk maju untuk dunia & akhirat...Macam formal je ayat aku hari nie...xsukanye aku..kwn2 poyo aku tegur,ayat sembang2 aku dah macam ayat gomen je..HAHAHAHAHAHA..

Contoh ayat-ayat gomen:-

1.Kudapan.

Cth: Diakhir mesyuarat ini,kami menyediakan kudapan untuk tuan puan?

2.Semak dahulu.

Cth: Saya akan semak dahulu masalah tersebut.

3. Dalam Tindakan.

Cth: Semua tugasan adalah di dalam tindakan kami,Tuan.

4.Tindakan selanjutnya.

Cth: Kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

5.Pantau

Cth: Kami telah pantau keadaan di tapak,Tuan.

6.Uruskan.

Cth: Sila uruskan perkara ini dengan segera.

7.Sila bercakap

Cth: Sila bercakap untuk menyelesaikan masalah ini. (selalunya bos tulis dalam memo).

Bagaimana pulak ayat2 dalam mimpi????...Selama aku tidur jarang aku mimpi aku bercakap..Biasanya aku sendiri xdengar suara aku...hehehe...Pelik tapi benar..

Etika Temuduga

Isnin, 19 Oktober 2009



Seharian bekerja di pejabat dengan berdepan pelbagai manusia yang ku kenali sebagai kawan,sahabat,rakan dan diri kita sendiri. Mereka banyak mendewasakan diriku ini..Hari ini aku mengikuti kursus Temuduga Berkesan. Sebenarnya aku join utk melengkap CPD bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh universiti.

Best jugak kursus ini,yang dianjurkan oleh BSM, dan dilaksanakan oleh Pegawai dari INTAN..Puan Suzana & Faizura. Dalam banyak2 intipati kursus ini,satu ilmu untuk aku kongsi bersama iaitu etika berpakaian. Hiasan untuk wanita ada yang mempunyai batasan tertentu. Wanita berbadan kurus hanya boleh meletakan 5 aksessori sahaja,manakala wanita sihat hanya dihadkan 7 aksessori sahaja. Semakin banyaj eksessori semakin berat untuk pemakai. Pakaian 'blazer'untuk wanita yang memakai baju kurung perlu la panjang seperti 'autumn blazer'. Manakala lelaki,lengan blazer perlu lebih sedikit sehingga menutup pergelangan tangan.

Warna baju untuk lelaki & wanita semasa ditemuduga adalah warna pastel. Pakaian kemeja lelaki perlu plain sahaja,corak berjalur adalah kurang sesuai,tali leher perlu dipadankan dengan kemeja. Macam-macam dugaan untuk temuduga...
Selain dari itu,etika temuduga iaitu tidak dibenarkan bersalam,kecuali penemuduga menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun begitu,bagi seorang muslim & muslimah perlu berhati-hati ye..
Selain daripada itu,sekiranya anda mengenali penemuduga, apa yang anda harus buat??..Sebenarnya,jika anda berada di dalam situasi berikut,anda harus berhati-hati kerana mereka lebih mengenali anda dan mengetahui cara anda bekerja. Be serious and no more humour to showing u're a the great person and more responsibility.
Teringat idola fesyen ku,Bernard Chandran..very nice man,gud looking,soft spoken,eastern lifestyle with modern ideology..every design that his collection so simple n elegant. Kala bab2 design ni memang aku suka sangat..tak makan pun tak ape..hehehe...Makanan design lagi sooodapppp!!!....Ade keeeeee???...

My New Hausmate

They are from Kuantan Pahang..Still single and available..

Two colour of fishs, blue and red colour.

Cutting pad from the tembusu wood,simple but nice..



The two warrior at my homme..Alexandria & Sparta



Put in the separate casing to avoid from fighting each other..Wachaaaaaaaaaa!!!

Hotel California

Ahad, 18 Oktober 2009
Style seh...Key storage dia..


Bilik yang disyaki..hahahah

Serambutnya meja solek aku ni...heheh

Suis plug yang betul-betul klasikkk..



Siap ada bath tab seh...

KuantanGGG

Posse ala2 Datin...Fauzun & Ida...

Waktu berehat selepas xjumpa hotel...huhuhuh


Ewah2..Sukanya kawan2 aku ni..hehehe



Dua ikan laga jantan aku beli di Pasar Tani Stadium Darul Makmur....

KuantaNG

Suasana Malam raya la konon2..



Bidan Terjun si Fait..Bawa kereta pengantin.





Jamuan Makan di verandah...macam makan kat rumah dolo2..hehehe



Hill view hotel memang old school..




Gempak seh!!..Gua suka rak tv ni..very classic..modern type likes ikea..