Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Mimpi oh Mimpi

Rabu, 21 Oktober 2009
Hari ini aku mendapat berita gempar..Kampung aku di landa ribut..Rumah aku pun turut mengalami kerosakan..Aku pun malam semalam,mimpi tak berapa best. Tapi sekiranya anda bermimpi kurang best..Jangan sesekali cerita kat orang..So aku tak boleh la nak citer kat sape2..Perkara ni aku dapat tahu melalui orang atau buku,aku lupa ka..Esok aku amik cuti pulang ke kampung..nak tengok keadaan rumah mcmane..yang penting famili aku selamat..Famili mesti diutamakan..Diorang la yang banyak membantu aku selama ni..Spirit Mak & Abah memang tidak ternilai akan ku kenang sehingga akhir hayat..Tanpa mereka siapa la aku hari ini...

Mimpi aku menjadi kenyataan dan kadang kala apa yang diimpikan tidak seperti yang diimpikan. Bersyukur apa yang kita ada dan berusaha untuk maju untuk dunia & akhirat...Macam formal je ayat aku hari nie...xsukanye aku..kwn2 poyo aku tegur,ayat sembang2 aku dah macam ayat gomen je..HAHAHAHAHAHA..

Contoh ayat-ayat gomen:-

1.Kudapan.

Cth: Diakhir mesyuarat ini,kami menyediakan kudapan untuk tuan puan?

2.Semak dahulu.

Cth: Saya akan semak dahulu masalah tersebut.

3. Dalam Tindakan.

Cth: Semua tugasan adalah di dalam tindakan kami,Tuan.

4.Tindakan selanjutnya.

Cth: Kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

5.Pantau

Cth: Kami telah pantau keadaan di tapak,Tuan.

6.Uruskan.

Cth: Sila uruskan perkara ini dengan segera.

7.Sila bercakap

Cth: Sila bercakap untuk menyelesaikan masalah ini. (selalunya bos tulis dalam memo).

Bagaimana pulak ayat2 dalam mimpi????...Selama aku tidur jarang aku mimpi aku bercakap..Biasanya aku sendiri xdengar suara aku...hehehe...Pelik tapi benar..

0 ulasan to Mimpi oh Mimpi:

Catat Ulasan