Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Hausmate Wedding

Sabtu, 17 Oktober 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU!! SYAWAL & FAUZUN.

Awan mendung berarak dengan ketibaan pengantin.
Hang Syawal & Matrik Fuad..HAHAHA



Rileksss BRo...

Bergambar bersama dua mempelai



Menunggu Pengantin dengan penuh tawadukkk!!


Semalam 17 Oktober 2009,berlansung perkahwinan Syawal & Fauzun di Jalan Balok,Kuantan. Perancangan sempoi telah dibuat oleh aku & Fait. Tepat jam 5.30 petang hari Jumaat,aku bergegas pulang ke rumah untuk bersiap ke Yayasan Salam untuk merayakan hari raya bersama-sama geng-geng Salam. Dari malam tadi aku sudah bersiap sedia dengan baju Melayu siap iron lagi ye..Baju-baju basahan yang lain telah aku gulung-gulung masuk ke dalam beg hijau. Sibuk-sibuk mengemas Fait pun sampai menaiki kete swift dia..Pada mula kami merancang naik kete dia tapi last-last minute naik kereta SAGA aku..Huhuhuh...Katanya kereta tak servis lagi..

Kek Ising & Coklat pun aku sudah sediakan untuk diberikan kepada Piza( adik no 2 ) di Puchong. Kemas punya kemas aku,aku pun bergegas gerak & sempat mintak tolong pada Shahrul (Pelukis Pelan aku) & Hubby Intan melihat2kan rumah aku memandangkan jiran terdekat aku Che Musa tiada di rumah menguruskan posting anaknya ke Sarawak. Separuh perjalanan aku teringat sama ada sudah menyimpan kek & coklat di dalam bonet kereta. Follow my intinct macam belum je,tapi aku memikirkan mybe aku dah masukkan dalam bonet sebab malas nk u-turn.

Menyusur keluar ke highway aku menuju terus ke Puchong melalui Highway PLUS dan ELITE. Jalan tu memang aku tidak tahu sangat tapi akhirnya sampai jugak walaupun kami sepatutnya keluar ke susur Pulau Indah. Sampai je rumah Piza lampu bilik dia tidak menyala,aku pun xde lak nak cal dia. Huhuhu..Mmg dia xde..Kek yang aku nk beri pun aku tidak bawa..HUggggggggggHHHH...Lagi satu benda penting,hadiah Syawal pun aku terlupa bawa jugak...HuggggggggguaAAAAHHHHHHHH!!!!!...KL Menjerit aku..Ermm aku lupa bangat,abis pelan aku...

Aku & Fait pin terus menyusur ke Shah Alam sebab nak ambil rendang paru2 fov, dia untuk dibawa ke Majlis Raya Lagi di Yayasan Salam. Lepas ambil rendang tu,aku terus ke Yayasan SALAM..Macam malam raya je,jumpe la dengan Arif,Ina,Zam,Sarah,Karemm,Rejab,Ida,Sam,Shan dan rakan2 SALAM yang lain. Siap pulun buat ketupat (Bukan untuk masak tapi saje2 berlakon macam malam raya)...HAHAHHAH..

Makanan pun dah siap,ketupat ADABI,rendang paru-paru,kari ayam,kuah lodeh,lemang,kek serta kueh raya sudah siap di meja meeting. Makan time,aku pun melantak la apa yang patut sebab malam tersebut memang malam raya aku selepas berpuasa 6. Perut pun lapar & frust dengan keterlupaan aku,uhuhuhuhuh...

Selepas puas menikmati makanan,aku tengok budak-budak SALAM main bunga api..Diorang ni memang macam budak2 tadika walaupun sudah tua bangka..HAHAHA...Sementara tu,aku layan la citer hero Rambo..berlakon alah2 romeo..HEHEHE...Sampai jam 12 malam,ada yang nak balik tido & bersiap2 untuk esok diorang nk g raya manakala aku & Fait nk g Kuantan.

Pagi 17hb Oktober,selepas lena tido di SALAM, Pagi2 tengok Ina,Zam,Karemm & Rejab siap2 pakai baju raya berkonsep hijau & emas. Aku pulak pakai baju line hijau & hitam halus je..heheh..Diorang pun sudah siapkan breakfast lauk semalam dihangatkan balik. Selepas breakfast,jam 8.30 aku memulakan perjalanan ke Kuantan..3 jam perjalanan melalui Duke Highway,Karak Highway & LPT...Aku drive sebab Fait kurang biasa jalan ke Kuantan. Tepat jam 12.30 tengahari aku sampai ke Bandar Kuantan. Faizul opismateku dari Tasik Chini hendak join 1x..So kami sampai jam 1 tengahari. Memang matahari betul2 atas kepala...Sampai je terus makan...

Makan pun pun tempat special di atas verandah rumah jiran Syawal kot...hehehe...Tibai je la,janji perut lapar perlu diisi..Berpeluh kami makan disebabkan cuaca agak panas dan kesesakan tetamu yang hadir memeriahkan suasana majlis kawin hausmateku. Setelah selesai makan aku,Fait dan Faizul menunggu pengantin dengan penuh sabar...Sehingga jam 2.00 petang pengantin tidak sampai lagi. Aku terus call Syawal,pukul berapa ni nak sampai??..Sebab aku & Fait belum cari chalet or hotel lagi. Nak tak nak,aku membuat keputusan untuk cari chalet or hotel dulu. Memang aku & Fait demand giler nak cari chalet murah dan selesa,kalau boleh nak cari di tepi pantai..

Kami mencari sekitar Tasik Balok, cari punya cari xjumpe jugak..De Rhu Chalet yang aku pernah menginap dulu..fullhaus..Sampai 2 kali pusing rumah Syawal..Pengantin tak sampai sehinggalah jam 4.00 petang..Syawal call menyatakan beliau telah berada di masjid Balok..Aku pun berada di kawasan berhampiran terus menuju ke Masjid Balok..Melihat Syawal berbaju Melayu putih lengkap bersetanjak merah seperti Putera Abdullah di dalam teater Puteri Sa'adong lakonan Asmawi. Fauzun pun cantek berbaju sedondon dan bertudung serta 'crown' simbol seorang puteri idaman Raja Abdullah...hehehe..Awan mendung mula menyinggah menyebabkan pengantin perlu segera bersanding di pelamin idaman yang dihias cantek.

Sesampainye pengantin di rumah majlis..Pengantin terus di bawa ke pelamin dan sesi makan beradab kedua-dua belah pihak. Syukur la majlis Syawal akhirnya sempurna walaupun kelewatan dari tentatif sebenar. Kita hanya merancang, Allah sahaja yang menentukan. Setelah bersalaman dengan Syawal dan mengucapkan 'TAHNIAHHH PENGANTIN BARU!!"..Aku & Fait terus mencari tempat penginapan kami malam nanti.

Sebelum itu, aku perlu menunaikan hajatku melawat ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), tempat jatuh lagikan di kenang..Sayu & gembira melihat perkembangan Polisas yang pesat menbangun..Dulu hutan je,kini keadaan sudah berubah dengan banyak bangunan baru telah dibina. Suasana telah berubah dari 10 tahun yang lalu..Teringat kawan-kawan sekelas..Ajip,Yatie,Sa'adiah,Kak Nor,Dilia,lokman,Acuman,Rizal,Abe,Usop,Prem,Din & rakan2 yang lain...Mane diorang semua ni ek...

Menyingkap zaman silam terubat melihat perubahan Polisas yang jauh berubah. Destinasi seterusnya adalah ke Teluk Chempedak. Sesampai ke Teluk Chempedak kelihatan beberapa signboard hotel-hotel murah.. So apa lagi..Nampak je Hill View Hotel terus aku & Fait cari park kereta,Fait bergegas masuk Hotel Chokia tu..hehehe..Semalaman hanya Rm75.00 sahaja.

Memang mengeri gak la tempat tu,tapi itu yang paling murah setakat ni,sampai kene sound dengan tauke hotel sebab aku nak tengok bilik dulu..Dia cakap Lu mau bilik macamane wa boleh bagi,mau king size wa boleh bagi maa?...Aiyaa aku just nak survey je dulu..Aku & Fait dibawa oleh 'receptionist' yang tidak berbaju,berbulu di badan..Yerkk!!!!!...Tengok bilik ok la,siap bilik air ada bath tab..Paling tak sangka ada free wifi..Hehehehe...Puas hati gak la...Lepak-lepak sampai Maghrib..Fait nk jumpa kawan lamenya,name kawan dia,aku lupe lak.

Kami set masa di Tanjung Lumpur jam 8.00malam..Yang paling best aku & Fait tak tahu jalan sangat,cuma yang aku tahu Tanjung Lumpur kt tepi2 jalan je,Fait cakap kat aku ade sungai..Pening gak la..Sampai ke Pantai Sepat & highway ke Pekan...hehehe...last-last jumpa jugak..Restoren Tanjung..Fait sudah beritahu kawan dia gagap sikit..Memang betul gagap..Aku pun cover2 senyum sebab aku mudah tergelak...hehehehe...Aku tak banyak tanya just makan je..Ikan Merah masak pedas,udang masak pedas,sotong bakar & sayur Kailan..Memang sedapppp & freshh..kawan Fait yang belanja..TERIMA KASIH SANGAT2..

Puas bersembang,aku & Fait balik ke hotel,sebelum sampai ke hotel aku cari pil 'cheke teck Aun' sebab perut aku dari petang tadi meragam. Lepas sampai hotel terus je aku melelapkan mata sambil menonton tv manakala fait mula buka laptop n layan YM. Masa tidur,1x aku terjaga disebabkan bunyi motor mat rempit yang tak tahu bahasa..huhuhu..Menjelang jam 6.30 pagi,aku bangun bergegas ke pantai kononnya nak ambil sunrise picture..hampeh!!awan banyak sangat..Kamera aku pun berwap tidak boleh picit dah..huhuhuh..risau gak aku..huhuhuh..so tenangkan fikiran pergi ke tepi pantai melihat gelanggang futsal pantai anjuran FAM yang sedang berlansung.

Balik hotel terus aku kejutkan fait..Selepas mandi,terus checkout..kami terus ke destinasi budget mencari tempat breakfast. Aku pun tak sure kat mane breakfast yang sedap. Tergerak hati aku nak tengak rumah sewa dulu kt stadium..tetiba je aku nampak ada pasar tani di stadium,terus aku cari park kereta mencari tempat breakfast..Ternampak cafe breakfast di stadium..Terus je aku order breakfast..Allhamdulillah !Sedapppp!!..Untuk mengisi masa terluang aku & Fait berjalan-jalan kejap di Pasar Tani..Sempat la beli ikan Laga 2 ekor berharga RM5.00 dan Cutting Pad dari kayu Tembusu RM15.00 je..Memang senang nak potong ikan & sayur nanti..hehehe..

Cuaca semakin panas aku & fait pun beransur pulang ke TGM...Memang sempoi & menarik percutian cuti2 malaysia walaupun pokai dah ni..hehehe










0 ulasan to Hausmate Wedding:

Catat Ulasan