Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

10 Oktober 2009 dalam Sejarah...

Ahad, 11 Oktober 2009
Hantaran yang telah disediakan oleh nana.

Duit Deposit Rm1000.00 sebagai hantaran.


Koleksi buah-buahan yang segar...hehehe




Mak & Nana menanti waktu untuk makan..hehehe

Majlis kenduri kecil pada malam 09.10.2009



Semalam...Tanggal 10.10.2009..Tercatat sebuah sejarah di dalam hidupku..Aku telah melangsungkan pertunangan bersama gadis pilihan hatiku...Majlis ini telah dirancang secara rapi dengan kedatangan familiku di Tanjug Malim,Perak..Abah,Mak,Pak Ngah,Mak Ngah & Cikgu Jalil (kawan rapat Abah) telah mengikuti rombongan meminang ke Taman Kemunting Maju,Taiping Perak...

Preparation aku buat sekembalinnya selepas bercuti hari raya,hausmate pun dh pindah so aku dengan kudrat yang ada membersihkan rumah supaya rombangan datang dapat berehat dengan sempurna mungkin. Pening gak nk deco2 rumah ni,berkonsepkan menyambut tetap dan hari raya aku mula menyusun dan menambah keperluan seperti TV dan Astro. Selain itu,barang-barang ikea ade gak aku beli bersempena sales bulanan.

09.10.2009...hari jumaat..aku terasa macam sibuk walaupun semua persiapan telah dibuat. Malam sebelum itu,aku telah menghadiri majlis rumah terbuka Kelab Bangsawan Suluh Budiman dan rumah Zack. Letih gak laa...huhuhu..Dari pagi,aku dh mohon pertolongan adikku nana untuk menyediakan menu makanan untuk tetamu datang. Menu ala2 kampung kari ayam,sayur campur,belacan & tembikai menjadi santapan kenduri kecil tersebut.\

Tepat jam 9.15 malam familiku sampai ke lokasi tol Tjg Malim, aku pun menjemput mereka ke teratak kecikku, Serentak dengan itu jemputan pun sampai,Ustaz Suhaili,Saiduri & Mizan bersama anak2 mereka kecuali Mizan disebabkan anaknya kurang sihat. Selepas membaca doa,upacara makan pun bermula. Mereka menjamah dengan selera & selesa...Syukur Allhamdulillah...

Pagi 10.10.2009,jam 8.15 pagi..aku dan rombongan meneruskan perjalanan rombongan ke Taiping,hanya 2 buah kereta sahaja. Aku menaiki kereta Saga bersama Mak, Nana & Shah. Manakala Abah,Pak & Mak Ngah serta cikgu Jalil membawa Vios. Aku membawa lima hantaran dari pihak lelaki. Aku sampai ke rumah tunanganku jam 10.30pagi dan hanya berhenti seketika di Sg Perak. Selepas hantar rombongan,aku singgah di kedai mamak untuk berehat seketika sementara menantikan rombongan selesai berbincang.Jam 11.30 majlis tamat & sesi kenduri..Seronok rasenya majlis selesai dengan jayanya..Alhamdulillah...Aku sudah jadi tunangan orang..Hehehe..Rombongan perempuan membalas hampir 10 hantaran,memang xsangka banyak betul katanya,ada dari pemberian saudara...Aku terima seadanya..Kami bergerak pulang,sebab Abah nak berniaga esoknya,alang-alang sampai, aku membawa ahli rombongan ke pusing-pusing bandar taiping termasuk zoo Taiping, tasik taiping...memang cantekkk!!..Selepas exist dari Changkat Jering..Kami berehat sebentar di R&R Tapah...Selepas solat..Rombongan mak & Abah nak balik terus ke Muar..Aku faraidkan separuh hantaran untuk di bawa pulang ke kampung untuk adik-adik..Selesai sudah Majlis Pertunangan yang dirancang..Selepas ini,perancangan lebih besar perlu di buat untuk anjakan paradigma hidupku...hehehe..Kos Pertunangan aku anggarkan dalam Rm3500 sahaja...Syukur kepada Ilahi...

0 ulasan to 10 Oktober 2009 dalam Sejarah...:

Catat Ulasan