Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Chiku Tree

Jumaat, 23 Oktober 2009
Pokok Ciku ini adalah sebahagian sejarah di dalam hidup aku,terletak bersebelahan rumah Atuk aku. Pokok ini telah patah akibat daripada kesan ribut yang melanda di kampung halamanku. Di bawah pokok ini lah aku selalu main 'pondok-pondok'...Biasanya aku memegang watak sebagai 'Abah','Abang Long' atau jiran sebelah rumah.. Aku pernah mendirikan pondok daripada atap rumbia. Dan juga pernah berteduh di dalam pondok berkenaan apabila hujan. Memang sedih tengok pokok tersebut tumbang. Memori bersama-sama kawan-kawan sekampung terus tersemat dihatiku.

Kejadian ribut tersebut mengakibatkan pokok kuini tumbang bersebelahan bilik atuk aku. Syukurlah tidak menimpa rumah atuk aku. Rentetan daripada cerita atuk aku,angin sangat kuat dan menyebabkan bunyi yang amat dahsyat daripada petir yang tidak putus-putus. Pengalaman ini atuk aku pernah alami semasa melahirkan Mak Ngah aku dulu. Kejadian tersebut lagi dahsyat sehingga rumah kayu bergerak dari kedudukan asal.

Pokok Kuini yang tegak berdiri akhirnya tumbang menyembah bumi. Kuasa yang Maha Esa tiada tolok bandingnya. Kerja-kerja pembersihan masih belum dibuat lagi. Sempat juga,aku mengambil bunga-bunga hiasan di rumah atuk untuk aku buat seni lanskap di rumahku.


Pokok cempedek yang dulunya tinggi kini tinggal separuh je,cume tak tumbang je. Akarnya masih kukuh dan kami sekeluarga telah pun merasa hasil tanaman Abah ni.


Balai di hadapan rumah Pok Da yang terbalik ke kawasan kebun sebelah rumah. Keadaannya umpama puting beliung yang agak kuat. Memang menakutkan sekiranya kita tengok secara 'live' seperti dilanggar lori.




0 ulasan to Chiku Tree:

Catat Ulasan