Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Tribute to Yasmin Ahmad

Jumaat, 31 Julai 2009

Pemergian Yasmin Ahmad begitu memeranjatkan diri ku. Aku amat meminati karya beliau yang jujur dan ikhlas serta lain dari yang lain. Hasil kerja seninya begitu berkualiti dan bersahaja di dalam memberikan maksud yang tersurat dan tersirat. Aku rase beliau sentiasa mempunyai pemikiran dan ideologi yang berani serta perlu difahami oleh setiap orang yang menonton filem tersebut. Mudah dan menarik untuk difahami tanpa perlu aksi-aksi yang ditambah dengan teknologi terkini.