Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Lips..

Selasa, 2009 Disember 15
Mana mak budak ni..Cian aku tengok..Mengantuk dah ni..itu bukan stokin sayang..itu sarung tangan..

Comelnye..Sapa pedajal kat budak ni..tengok bibir dia..ala2 Angelina Jolie..Seksi bangat..

Teringat masa injet BCG..Tapi yang ni lagi ganazz..cara cucuk jarum pun menakutkan..GAGAGAGA

Aduhh..Kakiku injured lagi lepas lawan badminton jabatan aritu..Kene rest 2 weeks..xle jln laju2 lagi..sbb aku manusia jenis jalan laju..siapa yang ikut aku g shoping mesti terasa sakit hati giler agaknya la..kecuali jalan ngan mak aku..kene jalan slow2..bukan apa..nanti mak aku tak tahu nak cari aku kat mane..Silap-silap tak nak ikut aku gi jalan nanti..kikikiki..Teruk dah kaki aku ni..Silap aku gak...tak urut cepat masa injured...Malam tu aku main ngan beregu dalam group gak..Tersilap langkah masa nak ambil servis terus 'terpeleot' or terkehel..Kaki kiri aku start problem masa main bola kat sekolah..Masa tu aku duduk hostel..so ade pertandingan lawan bola..so aku join la untuk dorm..Bila main..aku tak terperasan ada lubang kat padang tu..entah macamane kaki aku termasuk dalam lubang tu..kecik je lubang tu..aku tak perasan sebab aku tengok bola je..masa kene tu memang sakit giler la..aku ingatkan patah..tapi terseliuh teruk la...Apa lagi..Naik ambulans la gie hospital..

Siap x-ray and bagi ubat lagi..so far ok..tak ade patah riuk ke..Aku rasa sakit yang amat..Nak balik kampung je rasa masa tu..Paling seksa bila time nak g makan or prep..Dorm aku paling hujung dunia..So nak tak nak..terpaksa la jalan jugak..sebab warden aku garang gilerrr..siap bawak rotan suruh gie study prep..Masa tu kawan2 je tolong urut...Iskh2..Mula-mula ok..Tapi bila nak g sport memang out of service la..

2 tahun lepas..Aku kene langgar lak dengan student..Masa tu aku naik motor balik dari kerja..Lepas tu,nak jadi cerita..aku follow student yang nak memotong kereta dari kanan..so aku follow masa dia potong..lambat sangat memotong..aku cuba potong student tu dengan menunggang lebih ke kanan..Tetiba mamat tu kekanan gak..so apa lagi..terkene kaki kiri aku ni..Luka lama berdarah kembali..Huhuhu..

Yang latest ni paling teruk sampai terpaksa ambil EL sebab aku sudah tak tahan sangat lepas pergi mengurut kampung..Wak tu memang terror urut..tapi memang sakit giler la..huhuhuh..sambil mengetap bibir aku yang seksi ni bila dia start urut sebab kalo aku jerit nanti..1 kampung boleh dengar..Lepas tu,siap lap dengan tuala suam2 panas kat bahagian yang biru tu..memang aku menjerit gak lak..tak larat nak gigit bibir aku ni..huhuhuhu...

The moral of storey..Jangan ambil mudah bila terseliuh..Cepat-cepat pergi g klinik & mengurut..Citer ni lari ckit dari tajuk sebenar..kakaka..Kalo ambil BM paper July ni..mau tak lepas aku..kakakaka

How to buy handphone...

Isnin, 2009 Disember 14

Sebelum membeli:

1.Kenalpasti lokasi pembelian yang menyakinkan.
2.Rancang perbelanjaan mengikut kemampuan.
3.Mencari maklumat dan mengenalpasti ciri-ciri handphone yang diimpikan.

Semasa membeli:
1.Membuat tawar menawar dan perbandingan harga terlebih dahulu.
2.Jangan memberitahu bulat-bulat.
3.Fahami jaminan (warranty) yang diberikan:-
a)Jenis jaminan (jaminan kedai atau pengeluar).
b)Tempoh jaminan
c)jaminan meliputi:LCD,Speaker,Software,Bateri atau kesemua set lengkap.
4.Kenal pasti telefon tersebut sama ada set asli (original)/set AP.
5.Pastikan telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik.
6.Pastikan terdapat cop sirim,sticker 'void',barcode dan tarikh dikilangkan.
7.Periksa nombor E-MEI yang terdapat

PERfect!! SEMpurna

Jumaat, 2009 Disember 11

The best showcase of year 2009 i saw at malaysian televisyen but stil indonesian song..Malaysian lacks of beautiful melody..Please keep it up!!..

Reads and understand the beautiful lyrics below:

Kau begitu sempurna..

Dimataku Kau begitu Indah..

Ku mengharap dirimu & Selalu memujamu..

Di setiap langkah mu..

Ku kan selalu fikirkan dirimu..

Tak dapat ku bayangkan..

Hidupku tanpa cintaMu..

Chorus:

Jangan lah kau tinggalkan diriku..

Takkan mampu menghadapi semua..

Hanya bersamaku..

Ku akan bisa..

Kau adalah Darahku..

Kau adalah Jantungku..

Kau adalah Hidupku..

Lengkapi diriku..

Oh Sayang!!..

Ku tahu kau begitu!..

SEMPURNA...SEMPURNA...

Kau gengam tanganku..

Saat diriku lemah & terjatuh..

Kau isikan kata,hapuskan semua sesalku..

video

IKEA>IKEA>IKEA

Khamis, 2009 Disember 10
Ikea..The world of ideas..That slogan was attracted me to come every week to shopping there..
This December is more interesting at ikea..More opportunity to buy at the lowest price..but still higher for me..Here i want to sharing with IKEA advertisment..Just have fun!!

video

video video

Departure

Selasa, 2009 Disember 08

Forever go away..best bangat citer movie nie..Aku melanggan Astro box office sebab aku rasa tak larat nak tengok movie tiada kualiti & tiada jiwa...Departure merupakan japanese movie yang mengangkat erti kemanusiaan sejagat. Mengisahkan seorang lebih kurang seusia dengan aku mencari pekerjaan selepas menghabiskan pengajian di universiti..Mengambil kursus seni muzik beliau bekerja di salah sebuah band muzik..Beliau berperanan sebagai pemain cello..Walau bagaimanapun beliau di buang kerja kerana company tidak memerlukan perkhidmatan beliau lagi..

So beliau decide balik Yamagata tempat kelahiran beliau bersama gal fren beliau..Semasa berpindah ke sana..Semasa berpindah dan mencari peluang kerja..Pada pagi yang hening beliau telah terlihat di akhbar sebuah agensi yang menawarkan pekerjaan yang tidak memerlukan pengalaman..Pada peringkat awal,beliau menyangkakan kerja sebagai pemandu pelancong sebab tajuk iklan offer kerja adalah Go Away di agensi NK...Selepas melihat tawaran menarik tersebut,beliau serta merta pergi ke agensi tersebut...

Terperanjat Nila la bila tgk rupa2nye agensi tersebut adalah syarikat menguruskan jenazah orang Jepun..GAGAGAGAGA...Dia terpaksa menerima tawaran atas desakan hidup...Sepanjang beliau bekerja di agensi NK tersebut..Banyak masalah yang dihadapi termasuk awek dia melarikan diri kerana beliau merahsiakan pekerjaan beliau..Bagaimanapun akhirnya,awek dia kembali dan mereka berkahwin..

Sepanjang bekerja sebagai pengurus jenazah profesional beliau melalui liku-liku kehidupan yang mencabar dan pada masa yang sama banyak pengajaran yang beliau pelajari mengenai erti kehidupan..Yang paling touching ending dia,dimana beliau akhirnya menerima surat tentang pemergiaan bapanya yang telah 30 tahun tidak bertemu..Pada mulanya,beliau enggan berjumpa atas rayuan isteri dan bos & pekerja agensi NK beliau telah ke telah pergi melawat bapanya..

Pada peringkat awal beliau tidak mengingat wajah ayahnya,ada agensi lain yang menguruskan jenazah tapi tidak profesional macam dia buat...Akhirnya beliau sendiri melakukannya untuk ayah beliau..Orang jepun akan merias mayat dengan penuh adat kerana tidak mahu mengaibkan famili..masa beliau merias ayahnya..baru dia teringat wajah ayahnya dan di tangan mayat bapanya tergenggam erat batu yang masih disimpan ayahnya semasa sama-sama bermain di tepi sungai waktu kecil dl....

Menitis air mata kejantanan mamat tu..Sadis la citer ni...Semua orang akan menghadapi saat-saat kematian..Pemergian yang abadi...Filem yang diminati juga oleh arwah Yasmin Ahmad..

2 cousins

Isnin, 2009 Disember 07
From left Umairah,Ika and the hero Aqil
Play as ur own haus..HEHEHE


Friendly n enjoy bertemu 2 pupu..


Don waste ur time to catch the fish..huhuhuhu


Beautiful pairs of eye




Mase dok tgk makcik aku..sempat jugak aku snap my nephew yang hyper activ nie..tak kira rumah dia ke,rumah atuk dia ke,rumah orang ke,dia buat macam rumah dia jugak...HAHAHAHA..


20 tahun lagi,diorang boleh tengok gambar ni semula dalam blog Baba k..Sekarang ni ko main games je ko reti..especially games ikan & counter strike je..Nanti dah sekolah pandai2 macam Baba..HEHEHE..Korang baca k & tengok gambar cute meut korang..ye Aqil,Ika,Umairah,sorang lagi aku tak ingat nama anak buah aku ni..oooo..Damia..mata dia comel bangat..kikikiki

Poll

Ahad, 2009 Disember 06
Skill Cikgu Aidi..Memukau awek nyee..HEHEHEH

Gud trial..HAHAHA

Memang ketara la hidung mancung and muncung mulut aku tu..HAHAHA


Alamak Aidi..Bola terbang la..HAHAHAHA

Awek Aidi pun nak try jugak...Siap tunjuk ajar lagi..Kikikiki


AHAH!!..Games baru!..Cikgu Aidi ajar..kikikiki...Salammmmm....weken ni memang memang aku fullfill abis dengan xtiviti yang menyihatkan otak aku...Perancangan pertama aku melihat makcik aku sakit...Sedih gak tgk keadaan dia..Orangnya memang rajin ke dapur..sekarang ni just duduk atas katil je..Sedih la..Aku bwk 1x adik2 aku & nephew 1x..Selepas itu,aku berehat jap sebab petang nanti dah janji dengan Aidi..Opismate aku yang aku anggap kawan baik gilerr aku ni..Sempoi je orangnya..Masa keje kt PRA Architect dia lah asisstant aku yang paling berjaya..Senang untuk berurusan and kami mcm sekepala je..HAHAHAHA..


Aku dah lama betul tak jumpa..so aku decide selepas tak dapat jumpa Khairy kawan ym aku..Janji pukul 5 ptg jumpa kat rumah dia..So aku terus memandu menuju ke Sentul..sampai kat rumah dia..Aku tgk tiada Aida..Aku cal no dia bagi..Laaaa...Salah nombor..nak tak nak aku tunggu dalam 1/2jam..tapi dia tak muncul2...aku belah la g Mutiara Damansara..Lepak2 & seluar untuk kegunaan harian..lepas maghrib..Aidi cal..Nasib baik la aku tak balik ke Tgm..Aidi! ko memang pelupa tahap cipan..HAHAHAHA...boleh siap pergi the Mall,lepak2 main poll pastu minum2 kat starbucks dengan budak2 opis dia..Aduh!!!!...Gerammmm aku dengan budak ni..


Nak jadi cerita,kalo ikut hati...aku malas nk balik KL..tapi disebabkan kawan rapat,aku gagah jugak balik KL ikut Sprint Highway..so sampai Sentul..Mamat ni buat muka kesian & gelak2..Nak aje aku buat daging masak kicap pedas budak sekor ni..Huhuhuhu..Aku tak larat nak kuar..layan la citer Idola Kecil di TV9 sebab umah dia tiada Astro & siaran lain line tak clear..Aku jarang tengok siottt..Best gak budak-budak ni menyanyi..Tema Mengenang Sudirman jadi taruhan..Layan la..Ending dia sedih jugak sebab sorang peserta budak cina ini meminta untuk keluar dari pertandingan dengan menggantikan budak perempuan yang kurang undiannya,melalak-lalak la diorang ni..Sedih gak aku tgk..Huhuhuhu...bab kawan2 yang setia ni memang aku touching la..Budak-budak lagi la sangat-sangat menghargai erti persahabatan..Suci hati diorang ni..

Lepas abis reality tv..Aidi ajak makan kt Mali Setapak..Aku pun follow je la..Yang best aku naik jip Kia dia..Stylo beb!!..Sambil dengar lagu2 jazz..Wow!!!layan beb..Aku suka bangat..memecah hening malam melalui jalan dalam Taman Dato Senu,Pasar Besar Gombok,Plaza Idaman p2 tembus ke Danau Kota Setapak..Aku xreti sangat jalan ni..yang pasti sume orang tgk kitaorang yang stylo ni..Kikikiki...

Sampai saja,cari parking celah-celah rumah orang p2 terus bergerak tengok barang-barang jualan menuju ke Mali Cafe..Layan beb..Char Kueh Tiow Special dia ni!!..Kali kedua aku makan memang kene la selera aku..Sebelum ni makan kt Taman Bunga Raya..Walaweeee...sampai ke halkum rasenya...HAHAHAHA...so lepas makan tawaf2 kejap tengok barang,tengok orang shoping tengah-tengah malam..KL xpernah sunyi..Kalo Tgm ni..dh sampai angkasa raya dah ni..Kul 1 aku gerak balik terusssss BOOOOOOOOOOMMMMM...kikiki..

Pagi Ahad is lazy morning..Aku bangun lewat..Mandi siap-siap..Aidi nak ambil awek dia kt Selayang..Aku cau dulu g the Curve..Kami janji jumpa kt sana nak tengok wayang Ninja Assassin..Tajuk pun sudah ganas beb!!...Kol 12.30am,Aidi sampai...dia belanja tengok wayang,p2 main poll kejap..Aku memang tak reti la beb..Cikgu Aidi mengajar aku main..Dulu dia ajar aku swim masa duduk kat Bukit Antarabangsa dengan rumah Wardina Safia..Puas gak dia ajar..Last-last bole la aku swim sikit-sikit..Aidi ajar la aku dengan awek dia ni..Kikikiki..lawak siot tapi boleh la isi masa sebelum tengok wayang..Lama-lama terror gak aku..Bole la ajak Aidi datang main kat The Curve..Gian siottt...jam 12.55pm..kami masuk panggung..Start citer lakonan Rain,A-Z memancut-mancut darah keluar..GAGAGAGAGAGA...Syok gak sampai tekak aku geli tengok darah banyak-banyak ni..Label 18SG memang sesuai bangat..

Abis wayang..Aku pun say gud bye kat Aidi and aweknyee...Aidi pun nak antar awek dia balik..Seharian bersama Cikgu Aidi memang i'm feel he the gud fren..