Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Ahad, 2 Ogos 2009

Arini smbg citer semlm..Perjalanan diteruskan ke LCCT. Di dalam bas bunga raya hanya 20% je org tempatan,selain daripada itu mereka yg berkunjung ke Malaysia. Mata mula mengantuk disebabkan perjalanan yang agak jauh dan sesak. Aku pun tertido setelah melihat Saufi pun tertidur. Sepanjang masa aku tidur dengan diganggu oleh bunyi handphone brother yang aku rase maybe dari Bangladesh. Bunyi ringtone warga bangla tu sedikit sebanyak kelenaanku. Aku rase semakin hampir dengan LCCT setelah melihat papan tanda di bahu jalan. Betul jangkaanku,aku hampir sampai di LCCT. Tak sabar2 lagi aku nk menaiki penerbangan tambang murah Air Asia. Sesampai je di LCCT,kami terus mengusung beg ke tempat departure. Perjalanan ke Asia diasingkan daripada perjalanan ke negara selain daripada Asia. Kami telah diarahkan menuju ke sebelah kanan. Barisan penumpang agak panjang,sementara menunggu giliran. Perutku telah berbunyi menandakan ada sesuatu yang perlu dibuang dan diisi semula..hehehe..Aku cuba mengisi perutku dengan sesuatu teringat Mc'D yang telah agak lama tidakku makan..Maklum la kt Tg Malim xde Mc'D. Aku terus bergerak dan Saufi telah berada di sana. Sejurusnya sampai di Mc'D..Sarah dan Ida pun berada di sana...So aku pun berkenal-kenalan bersama Ida dan Sarah..Walaupun ade berjumpe sebelum ini..Tp aku xkenal sgt diorg tu..hehehe..Masa begitu mencemburui kami..Order Mc'D pun lambat sbb ramai customer. So kami kesuntukkan masa. So ape lg..Kami pun menjamah secepat mungkin makanan segera tersebut. Erma n Ermy serta Zam tengah tggu kami untuk menuju ke departure area. Setelah membuat pemeriksaan di kaunter kastam, kami tidak dibenarkan membawa air botol.. So terpaksa la aku buang air mineral 1.5 liter aku ke dalam tong sampah. Kami terus berjalan laju sehingga ke kawasan pelepasan. Pesawat sedang menanti kami dan tidak sabar untuk menerbangkan kami. Aku melihat sekitar LCCT..Keadaannya mmg agak simple dengan pergerakan kenderaan pengangkut melintasi hadapan kami sambil senyuman pramugari yang cun melecun..hehehe...Pesawat semakin jelas kelihatan..aku pada mulanya nak naik bahagian depan tetapi penumpang beratur agak panjang..Melihat kedudukan kerusi 21E aku pun memikirkan semula untuk masuk dari bahagian sayap. So aku bergerak ke bahagian sayap..Keadaannya pun sama..Dengan lafaz Bismillah..Kaki kananku melangkah ke anak tangga pesawat...So aku smbg lg ek..

0 ulasan to :

Catat Ulasan