Tips to buy homme
Rabu, 23 Disember 2009
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah,pembeli perlulah membuat tinjauan. Antaranya:-
Memastikan kedudukan dan kekuatan kewangan syarikat pemaju perumahan. Pembeli dinasihatkan membuat lawatan ke pejabat pemaju bagi memastikan:-
a)Sama ada pemaju mempunyai lesen pemaju perumahan dan jualan yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
b)Menyemak kewangan pemaju pengarah-pengarah syarikat,kunci kira-kira beraudit terakhir syarikat.
1)Membuat lawatan ke tapak atau lokasi projek.
2)Membuat semakan dengan pejabat tanah mengenai hakmilik,nombor lot,jenis penggunaan tanah,sekatan kepentingan,pegangan tanah sama ada kekal atau pajakan.
3)Membuat perkiraan dengan teliti kedudukan kewangan sendiri seperti kelayakan mendapat pinjaman.
4)Memberi pertimbangan sewajarnya kepada insurans pelindungan bagi jumlah pinjaman.
5)Pembeli dinasihatkan jangan terpengaruh dengan rumah contoh atau lakaran rekabentuk rumah,mengamalkan sikap tidak tidak apa atau terpengaruh dengan situasi berebut-rebut untuk mendaftar. Keadaan-keadaan ini akan menyebabkan keputusan yang dibuat tidak tepat.
6)Sekiranya bakal pembeli mempunyai keraguan sama ada mengenai pemaju projek dan sebagainya sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Khidmat Nasihat,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan to Tips to buy homme:
Catat Ulasan