Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Ribut-Ribut..

Khamis, 22 Oktober 2009
Gambar halaman rumah ini aku ambil pada waktu petang yang hampir hujan. Awan gelap mula bergerak ke utara. ENDIBLE garden petola aku agak subur tapi tak berbuah-buah lagi..

Inilah bank peribadi aku. Hari ini aku menerima voucher Rm10.00 selepas mengutip point 2000. Time-time sanggap ni..Dapat voucher pun ok la..Satu hari nanti aku berangan-angan hendak bukak cawangan IKEA di JB.


Abah sedang mengemas laman rumah,dahan-dahan pokok patah berselerakan di laman rumah.

Paras air parit sebelah rumah penuh dan jernih sekali..Dulu masa kecik2 memang aku terjun ja.


Keadaan bumbung rumah yang tercabut dan retak akibat ribut tempoh hari.




Lepas Solat Subuh pagi tadi, aku berdoa semoga kejadian ribut yang melanda di kampung ku tidak lah seteruk di Indonesia,kepulauan Samoa dan Filipina. Perubahan cuaca 'global warming' mengakibatkan dunia hari ini semakin mengganas. Perubahan tersebut mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengorbankan banyak nyawa.

Kadang-kadang kita merasa selamat di bumi Malaysia yang tidak terletak di lingkungan gempa bumi, gunung berapi tetapi kita harus sedar dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Syukur lah kita masih selamat dan negara terus menongkah arus pembangunan.

Aku pulang ke kampung halaman pada jam 9.30pagi bertolak dari Tanjung Malim. Singgah sebentar di IKEA melihat barang-barang reject 'AS IS'. Time-time ni aku window shoping je..Tengok-tengok je..So aku menggunakan formula 'Ugly Betty'..Enjoying shopping without money..Macamane tu??..
Nanti aku bagi petua2nye ye..

So aku meneruskan perjalanan ke kampung,cuaca hujan di Port Dickson, Pedas dan mendung je di sekitar negeri Melaka. Singgah solat di Restoren Jejantas Ayer Keroh untuk solat. Aku still berdoa semoga selamat sampai ke destinasi.

Sampai ke exist 235,Tangkak ..Aku menyusur laju ke tol Touch n Go sambil mendengar lagu Rihanna di Hitz fm...Sampai di Bandar Maharani..Aku singgah kejab di Butik B (shortform for Bundle)..Kawasan parking lengang giler..So aku park ler nak cari baju t-shirt lengan panjang untuk kursus Pengukuhan Pasukan yang ada aktiviti tracking n pinball nanti. Menggunakan pakaian tersebut dapat lah aku mengurangkan risiko digigit nyamuk nanti.

Selepas membeli 2 helai baju yang agak-agak ok,terus aku ke tempat letak kereta dan terus drive sehingga ke Jambatan Sultan Ibrahim. Tiba-tiba aku melihat sekeping surat saman Majlis Daerah Tangkak di celah-celah viper kereta SAGA. Kawasan Tg. Agas terletak di daerah Tangkak walaupun kawasan tersebut hampir ke Bandar Maharani. So aku pun sentaplah juga..Lantak p laaa...Jalan tu bukan majlis yang punya tapi JKR punya.Masuk court pun aku boleh menang..

Meneruskan perjalanan, melintasi rumah Pok Da..Aku tengok balai (khemah besi) sudah tiada di halaman rumah tetapi berada di sebelah rumah dengan keadaan terbalik...HUHUHU...Dalam hati aku terdetik jugak,dahsyat betul ribut kali ni...Aku terus menyusur ke rumah..Aku dapati dahan-dahan pokok banyak yang patah. Sampai di rumah,aku lihat famili aku sedang menikmati buah nangka yang telah masak dan pokok nangka tersebut telahpun patah...Akibat keletihan aku terlelap sehingga mak sudah menyediakan makanan.

Jam 6.30 petang,aku menikmati masakan asam pedas ikan pari bersama belacan dan tauhu goreng..sedap tak terhingga...Abah sedang sibuk memotong dahan pokok yang tumpang dan membersihkan laman rumah. Selepas makan aku melihat keadaan bumbung yang rosak akibat ribut tersebut. Teruk jugak la..hari esok ada tukang bumbung yang datang baiki...Air di parit sebelah rumah pun penuh melimpah sehingga ke belakang dusun jiran.

Walaupun begitu,aku bersyukur dengan famili aku selamat dan dikhabarkan 2 orang kampung jiran meninggal akibat terlanggar pokok tumbang semasa ribut melanda. Petir sambar menyambar.. Angin kencang melebihi 100km/jam...Jarang-jarang berlaku...bak kata pepatah Melayu..Jangan membina rumah di tepi pantai sekiranya takut badai menimpa,lebih kurang gitu la..Lokasi pesisir laut hanya 100m sahaja dari rumah aku..Dahulunya kawasan pantai kini telah menjadi hutan bakau akibat daripada perubahan alam semulajadi. Walau bagaimanapun peristiwa tersebut telah memberikan gambaran tentang kekuasaan Allah,..

0 ulasan to Ribut-Ribut..:

Catat Ulasan